Halaman

Senin, 20 Oktober 2014

Mutiara Okober 2014

Memahami Hukum Alam ataupun Sunnatullah bukanlah dengan akal, tetapi sebenarnya dengan HATI kerana pada hakikatnya akal berfungsi untuk berfikir dan mengkaji,namun kefahaman itu letaknya di HATI.
" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai "
- Surah Al-A'raf, ayat 179

Jangan hanya HIDUP, tetapi binalah KEHIDUPAN... sebagaimana jangan hanya ada pena tetapi hasilkanlah tulisan!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." (HR. at-Tirmizi).

"Ya Allah , tolonglah aku dalam memudahkan setiap sesuatu yang sulit . Sungguh , memudahkan setiap kesulitan adalah mudah bagi- Mu" . (HR Al Baihaqi)

Janganlah membakar hatimu dengan hasad dan usahlah membunuhnya dengan dengki dan hidupkanlah hati yang tenang dan minda yang lapang.

"Terimalah ketidak sempurnaan pasangan kita sebagai satu 'KESEMPURNAAN' dalam berumahtangga. Kekurangan, kelemahan dan kesalahan sesungguhnya membuka peluang untuk REDHA, SABAR dan meMAAFkan. Sidia adalah 'ALAT' Allah untuk MENDIDIK kita!

Dalam PERSAHABATAN pasti akan ada dugaan..hadapilah dugaan dengan cara yang terbaik.....hargailah hubungan yang terjalin..
Sekali bersahabat.....selamanya bersahabat.....insyaAllah

Janganlah membakar hatimu dengan hasad dan usahlah membunuhnya dengan dengki dan hidupkanlah hati yang tenang dan minda yang lapang.

Setiap hamba yang lahir ke muka bumi Allah ini sebenarnya merupakan Khalifah yang telah terlantik sejak azali. Sama ada setiap hamba menyedari atau tidak menyedarinya, menerima atau tidak menerimanya, itulah hakikat yang tidak dapat diubah oleh sesiapa kerana itu jugalah ketetapan daripada Allah Maha Pencipta . Malah Allah Maha Bijaksana apabila setiap yang berlaku ke atas hamba-Nya pasti ada hikmah yang tersirat dan tersurat. Hikmah yang kadang-kadang tidak dirasai secara langsung sebaliknya meresap ke dalam hati secara halus dan lembut . Hikmah yang kadang-kadang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi menusuk ke kalbu

Usahlah mengabaikan seseorang, kerana itu membunuh ingatan dan kasihnya kepadamu. Usahlah melupakannya, kerana ingatan dan kasihnya akan tertutup buatmu.....

Selagi kita bergantung kepada dunia dan manusia..... kita akan tertekan dan tidak bahagia.....
Apabila kita bergantung hanya kepada Allah, kita akan tenang dan bahagia dunia dan akhirat.....

"Jika dimulakan dengan keikhlasan, insyaAllah akan berakhir dengan keindahan! "

Apabila Tuhan tidak beri apa yang kau pinta , bersyukurlah..... Dia tahu kau tidak mampu menanggung keperitan apabila hal itu tidak seperti yang kau sangka. Dia kenal kau dan hati kau , lebih dari kau kenal diri kau sendiri

"Untuk melakukan kebaikan sukar, untuk menyembunyikan kebaikan yang telah dilakukan jauh lebih sukar, namun untuk melupakan kebaikan yang pernah kita lakukan adalah suatu yang paling sukar"

"Apabila hati bersih, wajah akan kelihatan jernih. Bukan kecantikan yang menambat hati, tetapi kebaikan itulah yang menambat jiwa. Kebahagian bukan milik manusia yang cantik walaupun sering digambarkan demikian... 
Kebahagian milik manusia yang baik, itulah kenyataan!"

Sangka baik kita kepada orang lain adalah doa kita untuknya. Sangka baik orang kepada kita adalah doanya untuk kita.
InsyaAllah, sentiasa sangka baik... kita akan mendapat yang baik. 
Walaupun belum jadi baik, sekurang-kurangnya membantu sesama kita yang sedang berusaha menjadi baik. 
Amin ya Rabb

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

BERSYUKURlah dengan apa yang kita ada, kerana apapun yang kita lalui di dunia ini adalah jalan yang terbaik yang Allah berikan kepada kita.

Saling bantu-membantulah kalian dalam perkara yang membawa ketaqwaan dan janganlah kalian saling bantu-membantu dalam perkara dosa dan permusuhan.
(Al-Maidah:2)

Akhlak yang mulia berpunca dari hati yang bersih.Bersih dari segala bentuk mazmumah ( sifat jahat ) dengan manusia.Uniknya hati sukar diterjemah, sukar diramal, mudah tergoda dan fitrahnya sentiasa mencari ketenangan. Oleh itu, salurkan ketidaktenangan hati dengan cara yang benar, cara yang terbaik dan pada yang selayaknya.
Mohonlah maaf dan senyumlah selalu....

Indahnya persahabatan adalah saat apabila kita memberi tak mengharapkan balasan...
Ada tawa saat dalam kesedihan....
Ada tangis dalam keriangan...

"Bersungguh – sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan"
(Imam Al Ghazali)

Ku miliki seorang sahabat yang bukan berada di sampingku tetapi sentiasa berada dihatiku, di kala ku susah ...aku akan memanggil lubuk hatiku tersebut, karena di situlah kau berada sahabatku....Terima kasih sahabat....

“Mengingati Allah SWT merupakan sumber ketenangan, taman syurganNya semasa di dunia lagi.Sesiapa yang gagal memasukinya akan gagal juga untuk memasukinya di akhirat kelak.Mengingati Allah mampu menjadikan hati itu selamat dari kegelisahannya dan keluh kesah.Cubalah mengingati Allah, untuk memperolehi penawar bagi problem hati”

Kita sering menyangka bahawa pilihan kita betul , tapi sebenarnya pilihan Allah itu lebih tepat, sering juga terjadi ada yang masih tidak berpuashati dengan takdirNya tapi sebenarnya kita lah yang perlu muhasabah diri , dan bersyukurlah .....

Rasulullah SAW bersabda :
"Barang siapa yang membaca satu huruf al-Quran maka ia mendapat satu kebaikan...dan satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf, tapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf"
(HR. Ad- Termidzi)

"Hargailah sahabat..."
* Maafkan apabila salah
* Fahami apabila keliru
* Nasihat apabila leka
* Tegur apabila salah
* Ingat apabila sunyi
* Doa apabila rindu
Itulah kehebatan UKHUWAH FILLAH..

Sesungguhnya Allah tidak 'letih' MENGUJI manusia kerana Allah tidak pernah letih MENYAYANGI manusia!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar