Halaman

Rabu, 22 Oktober 2014

Motivasi Oktober 2014

Untuk mendapatkan apa yang kita SUKA...haruslah berSABAR dengan apa yang kita BENCI....

TAKDIR kadang2 MEMPERTEMUKAN kita dengan sesuatu yang tak diundang….
MEMBERI apa yang tak dirancang….
MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan….
Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti PERKENALAN…
menyulam erti KASIH SAYANG….
menanam erti PERSAHABATAN…..
menghadiahi KEMANISAN dalam kegembiraan….
menyemai benih KEAKRABAN….
serta memberi peluang menilai siapa SAHABAT,siapa KAWAN, dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod KEHIDUPAN.....

"Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya.Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia.Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih boleh tersenyum sambil berkata , ”Aku turut berbahagia untukmu”

* Mata yang terindah adalah 
selalu melihat kebaikan orang lain
* Mulut yang terindah adalah
selalu berkata yang baik-baik
* Hati yang terindah adalah
selalu khusnudzon kepada orang lain
* Cinta yang terindah adalah
mencintai Allah lebih dari segalanya
* Persaudaraan yang terindah adalah
bertemu dan berpisah kerana Allah

Sebutan membentuk fikiran, fikiran membentuk perasaan, perasaan akan melahirkan tindakan... 
Sebut yang baik-baik, fikiran akan jadi baik. Bila fikiran baik, apa yang dirasa jadi baik... dan lahirlah perbuatan yang baik. 
Jaga lidah, terkawal fikiran. Terkawal fikiran, terkendali perasaan. Terkendali perasaan... terpandulah tindakan. 
Yang pertama: Jaga lidah... jom istighfar, selawat, baca quran dan berzikir!

"Ya Allah! Jagakan dia untukku, meskipun aku tak bersama dengan dia lagi,moga dia bahagia ya Allah,lindungi dia Ya Allah.andai dia punya masalah dan kekusutan, kau didiklah hati dia dengan kesabaran, sampaikan doaku ini padanya"... Aamiin..

Andai diri ini kau tolak ke tepi
Janganlah dibuang jauh dari sudut hati
selagi ada nafas ini
doa untukmu sentiasa ku abadi
moga kau sentiasa bahagia...sahabatku
maafkan dan doakan aku

Melatih Hati Agar Hidup Tenang :

*Ketika merasa sunyi BERDZIKIRLAH karena Allah Maha Mendengar
*Ketika merasa gembira BERSYUKURLAH karena Allah Maha Memberi
*Ketika marah BERISTIGHFARLAH karena Allah Maha Pemaaf
*Ketika merasa sedih BERSUJUDLAH karena Allah Maha Pengasih

Senin, 20 Oktober 2014

Ayo senyum...

"SENYUM" itu ringan tak bersuara, tapi penuh makna.
"SENYUM" itu murah, tapi tak ternilai dengan wang berjuta.
"SENYUM" itu tak perlukan tenaga, tapi besar motivasinya.
"SENYUM" itu hal yang mudah, tapi selalu nampak indah.
"SENYUM" itu perkara biasa ,tapi tapi amat istimewa.
"SENYUM" itu ibadah yang paling mudah, tapi berpahala setara dengan sedekah.

Ayooo kita "SENYUM"......

Rezeki

REZEKI itu ibarat air, Air yang tersumbat dan menggenang lama kelamaan akan menjadi kotor dan berpenyakit. Untuk membersihkannya harus dialirkan melalui saluran yang baik.

Demikian juga dengan rezeki, agar rezeki tidak tersumbat dan terus mengalir harus dibersihkan dan disucikan. Cara membersihkan rezeki yaitu dengan SEDEKAH.

Bersedekah tidak hanya membersihkan dan mensucikan rezeki, tetapi juga akan menarik dan mendatangkan rezeki tak terduga dari Allah. Dimana itu merupakan rezeki yang berkah.

Rezeki yang berkah akan selalu terus menerus berkesinambungan tanpa henti. Yang terpenting dan terutama adalah HALAL perolehannya dan Halal peruntukannya...

Hikmah

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

Ramadhan

Ramadhan adalah bulan penuh berkah, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pun dibelenggu. Pada bulan Ramadhan terdapat satu malam yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan. Rasulullah saw. bersabda:
Telah datang Bulan Ramadhan, bulan penuh berkah, maka Allah mewajibkan kalian untuk berpuasa pada bulan itu, saat itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, para syaitan diikat dan pada bulan itu pula terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. (HR. Ahmad)

MENCARI HATI YANG SEJAHTERA :

Allah SWT telah mengingatkan secara terang-terangan dalam al-Quran, "Pada hari itu (hari Kiamat) tidak berguna lagi harta benda dan anak pinak, kecuali mereka yg datang menghadap Allah membawa HATI YANG SEJAHTERA." (Asy-Syuara : 88-89)

Setiap orang mesti berusaha membersihkan HATI daripada virus batiniah. Tapi ia bukan kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan pertarungan batin yang hebat - berjuang melawan tuntutan nafsu jahat yang bersarang di dalam diri.

HATI diibaratkan raja dalam struktur 'kerajaan diri'. Anggota-anggota lain menjadi pengikut yang taat pada arahan. Manakala nafsu dan syaitan adalah musuh yang sangat berbahaya

Bila Dia Menduga, Menarik Balik PinjamanNya

Apabila Allah mengambil semula
semua yang dipinjamkannya
itu namanya dugaan
Dia mahu menduga sejauhmana kasih kita
sekuat mana iman kita
seteguh mana keyakinan kita
sekental mana hati kita
dan redha hati kita dengan semua ujian itu

Apabila Allah memeberi duka dalam hidup kita
membiarkan hati berderai kehampaan
atau bersenandung lagu duka
Dia mahu menguji ketahanan hambaNya
tentang falsafah qada dan qadar
tentang keikhlasan penerimaan
tentang tawaduk diri yang ada masanya terabai
ada waktunya terpinggir tanpa sengaja.

Dia memberikan ujian dan dugaan itu
agar kita kuatkan iman
tambahkan sabar dan redha
rendahkan ego dan megah diri
agar kita kembali semula mencariNya
andai pernah tersasar dan alpa
agar kita lebih mengingatiNya
andai pernah lupa
agar menjadi pedoman buat orang lain
yang saksikannya

Lalu,
apabila kita diuji biar sebesar hama pun
sedarilah, Dia sedang mengaturkan
sesuatu yang lebih besar buatmu
daripada apa yang pernah kau miliki
dari apa yang diharapkan.

Bila doamu belum diperkenankan
maka ketahuilah,
Dia sedang menyediakan sesuatu yang lebih besar
daripada pintamu itu
atau sebenarnya
waktu belum sampai untuk kau akhiri
dengan berita gembira.

Apabila Dia menduga,
mengambil semua pinjamanNya
maka ketahuilah
Dia sedang menyayangi kita
dengan caraNya
Lalu...tambahkan redhamu,
banyakkan sabarmu
apa yang dianugerahkan itu
sesungguhnya terbaik buat kita.

7 Cara Bersahabat Kerana ALLAH

1. Memberitahunya bahawa kita kasih dan suka kepadanya
2. Apabila berpisah dengan sahabat maka hendaklah kita mendoakan sahabat kita tanpa pengetahuannya
3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat
4. Segera bersalaman ketika bertemu
5. Sentiasa menziarahi sahabat kita
6. Memberi hadiah
7. Membantu sahabat-sahabat dalam kesusahan

Semoga ikatan persahabatan kita sentiasa berkekalan.....

Sesuatu yg indah terkadang tak tampak keindahannya

Ku Cuma Teratai

Ku cuma teratai
Yang kian tersingkir
Tenang di kali 
mengisi hari -hari yang kering
menghitung usia yang genting

Ku Cuma teratai
Akar tak cecah ke bumi
Walau resah…
harus terus mempamer tenang
Menguntum indah di kolam kehidupan
Walau hiba…. 
membawa berita setia di jiwa
tanpa ada hati yang sudi menyapa

Ku Cuma teratai
Kerdil diri di pinggir kali
Bukan dahan pautan cinta
Bukan tasik tadahan rindu
Tak ingin tenggelam
Aku pasrah pada suratan

Ku Cuma teratai
Yang kian pudar warnanya
Hadirku sekadar penghias kolam
Namun sepi di sebalik tabir malam
Seri tak lagi dipandang 
Cuma aroma menyusuk pawana
Lalu maafkanlah….
Ku ingin beradu di pinggir kalimu
Menumpang kasih seketika cuma

Menghilangan Marah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
  1. Mula-mula kita perlu malu dengan Allah SWT akan segala tindak-tanduk kita.Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  2. Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
  3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
  6. Apabila datang marah,banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  7. Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  8. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur.Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

Mutiara Okober 2014

Memahami Hukum Alam ataupun Sunnatullah bukanlah dengan akal, tetapi sebenarnya dengan HATI kerana pada hakikatnya akal berfungsi untuk berfikir dan mengkaji,namun kefahaman itu letaknya di HATI.
" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai "
- Surah Al-A'raf, ayat 179

Jangan hanya HIDUP, tetapi binalah KEHIDUPAN... sebagaimana jangan hanya ada pena tetapi hasilkanlah tulisan!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." (HR. at-Tirmizi).

"Ya Allah , tolonglah aku dalam memudahkan setiap sesuatu yang sulit . Sungguh , memudahkan setiap kesulitan adalah mudah bagi- Mu" . (HR Al Baihaqi)

Janganlah membakar hatimu dengan hasad dan usahlah membunuhnya dengan dengki dan hidupkanlah hati yang tenang dan minda yang lapang.

"Terimalah ketidak sempurnaan pasangan kita sebagai satu 'KESEMPURNAAN' dalam berumahtangga. Kekurangan, kelemahan dan kesalahan sesungguhnya membuka peluang untuk REDHA, SABAR dan meMAAFkan. Sidia adalah 'ALAT' Allah untuk MENDIDIK kita!

Dalam PERSAHABATAN pasti akan ada dugaan..hadapilah dugaan dengan cara yang terbaik.....hargailah hubungan yang terjalin..
Sekali bersahabat.....selamanya bersahabat.....insyaAllah

Janganlah membakar hatimu dengan hasad dan usahlah membunuhnya dengan dengki dan hidupkanlah hati yang tenang dan minda yang lapang.

Setiap hamba yang lahir ke muka bumi Allah ini sebenarnya merupakan Khalifah yang telah terlantik sejak azali. Sama ada setiap hamba menyedari atau tidak menyedarinya, menerima atau tidak menerimanya, itulah hakikat yang tidak dapat diubah oleh sesiapa kerana itu jugalah ketetapan daripada Allah Maha Pencipta . Malah Allah Maha Bijaksana apabila setiap yang berlaku ke atas hamba-Nya pasti ada hikmah yang tersirat dan tersurat. Hikmah yang kadang-kadang tidak dirasai secara langsung sebaliknya meresap ke dalam hati secara halus dan lembut . Hikmah yang kadang-kadang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi menusuk ke kalbu

Usahlah mengabaikan seseorang, kerana itu membunuh ingatan dan kasihnya kepadamu. Usahlah melupakannya, kerana ingatan dan kasihnya akan tertutup buatmu.....

Selagi kita bergantung kepada dunia dan manusia..... kita akan tertekan dan tidak bahagia.....
Apabila kita bergantung hanya kepada Allah, kita akan tenang dan bahagia dunia dan akhirat.....

"Jika dimulakan dengan keikhlasan, insyaAllah akan berakhir dengan keindahan! "

Apabila Tuhan tidak beri apa yang kau pinta , bersyukurlah..... Dia tahu kau tidak mampu menanggung keperitan apabila hal itu tidak seperti yang kau sangka. Dia kenal kau dan hati kau , lebih dari kau kenal diri kau sendiri

"Untuk melakukan kebaikan sukar, untuk menyembunyikan kebaikan yang telah dilakukan jauh lebih sukar, namun untuk melupakan kebaikan yang pernah kita lakukan adalah suatu yang paling sukar"

"Apabila hati bersih, wajah akan kelihatan jernih. Bukan kecantikan yang menambat hati, tetapi kebaikan itulah yang menambat jiwa. Kebahagian bukan milik manusia yang cantik walaupun sering digambarkan demikian... 
Kebahagian milik manusia yang baik, itulah kenyataan!"

Sangka baik kita kepada orang lain adalah doa kita untuknya. Sangka baik orang kepada kita adalah doanya untuk kita.
InsyaAllah, sentiasa sangka baik... kita akan mendapat yang baik. 
Walaupun belum jadi baik, sekurang-kurangnya membantu sesama kita yang sedang berusaha menjadi baik. 
Amin ya Rabb

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

BERSYUKURlah dengan apa yang kita ada, kerana apapun yang kita lalui di dunia ini adalah jalan yang terbaik yang Allah berikan kepada kita.

Saling bantu-membantulah kalian dalam perkara yang membawa ketaqwaan dan janganlah kalian saling bantu-membantu dalam perkara dosa dan permusuhan.
(Al-Maidah:2)

Akhlak yang mulia berpunca dari hati yang bersih.Bersih dari segala bentuk mazmumah ( sifat jahat ) dengan manusia.Uniknya hati sukar diterjemah, sukar diramal, mudah tergoda dan fitrahnya sentiasa mencari ketenangan. Oleh itu, salurkan ketidaktenangan hati dengan cara yang benar, cara yang terbaik dan pada yang selayaknya.
Mohonlah maaf dan senyumlah selalu....

Indahnya persahabatan adalah saat apabila kita memberi tak mengharapkan balasan...
Ada tawa saat dalam kesedihan....
Ada tangis dalam keriangan...

"Bersungguh – sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan"
(Imam Al Ghazali)

Ku miliki seorang sahabat yang bukan berada di sampingku tetapi sentiasa berada dihatiku, di kala ku susah ...aku akan memanggil lubuk hatiku tersebut, karena di situlah kau berada sahabatku....Terima kasih sahabat....

“Mengingati Allah SWT merupakan sumber ketenangan, taman syurganNya semasa di dunia lagi.Sesiapa yang gagal memasukinya akan gagal juga untuk memasukinya di akhirat kelak.Mengingati Allah mampu menjadikan hati itu selamat dari kegelisahannya dan keluh kesah.Cubalah mengingati Allah, untuk memperolehi penawar bagi problem hati”

Kita sering menyangka bahawa pilihan kita betul , tapi sebenarnya pilihan Allah itu lebih tepat, sering juga terjadi ada yang masih tidak berpuashati dengan takdirNya tapi sebenarnya kita lah yang perlu muhasabah diri , dan bersyukurlah .....

Rasulullah SAW bersabda :
"Barang siapa yang membaca satu huruf al-Quran maka ia mendapat satu kebaikan...dan satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf, tapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf"
(HR. Ad- Termidzi)

"Hargailah sahabat..."
* Maafkan apabila salah
* Fahami apabila keliru
* Nasihat apabila leka
* Tegur apabila salah
* Ingat apabila sunyi
* Doa apabila rindu
Itulah kehebatan UKHUWAH FILLAH..

Sesungguhnya Allah tidak 'letih' MENGUJI manusia kerana Allah tidak pernah letih MENYAYANGI manusia!

Jumat, 17 Oktober 2014

Alhamdulillah...

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Alhamdulillah wa syukur lillah,,
Sepasang mata masih mampu celik dan melihat kekuasaanNYA,,
Sepasang telinga masih mampu untuk mendengar seruanNYA,,
Sepasang tangan masih mampu untuk melaksanakan tugas sebagai dai'e membela agamaNYA,,
Segumpal darah bernama hati masih mampu bertaut pada cintaNYA,,
Masakan hamba mampu meraih kesemua nikmat ini tanpa izinMU,,
sungguh hamba mensyukuri segala sesuatu yang kau berikan dalam hidup ini..

MAAFKAN AKU

maafkan aku,jika dalam diam
aku pernah menyakiti hatimu


Dalam kealpaan..
aku sering membuat kau kecewa
menahan sedih tanpa kutahu

Maafkan aku..
jika langkah kusering keliru
lalu membuatmu buntu
berdiam diri demi menjaga hatiku..

Maafkan aku jika
belum mampu menjadi
insan yang baik buatmu
namun aku akan terus mencoba
untuk menjadi yang lebih baik

Maafkanlah aku....

Minggu, 12 Oktober 2014

Arti Sahabat

Hargailah setiap kekurangan sahabatmu
Sayangi dan jadilah pelengkap dirinya
Dengan kelebihan yang kamu miliki
Kerana setiap dari kita
Punya kelebihan serta kekurangan
Yang tersendiri
Sesebuah hubungan itu akan menjadi sempurna
Dan jauh lebih bererti
Andai saling menghargai
Saling mengerti dan
Saling melengkapi

Cinta dalam DiamKu

Ya Allah.. Peluklah hati ini di saat ku mulai merasa gelisah,dalam penantian penuh kesabaran ini, terkadang Hatiku merasa rindu pd dia insan yg ku cintai dalam diamku...

Ya Rabb,,,Biarlah Ku simpul dalam setiap do'a-doa dalam Istikharahku kepada-MU Rasa ini,,,agar kelak Engkau Satukan hatinya dan hatiku yang kan bertaut dan bersemi indah karna Redha-MU....

Ya Rabb...
Tuntunlah Hati hamba agar han...ya mau menerima CINTA seorang Insan yang benar2 Pilihan-MU bukan Semata-mata Pilihan Nafsuku.

Ya Rabb,,,
Jika dia memang baik untukku,agamaku,masa depan dunia dan akhiratku,bisa membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu,Maka dekatkanlah diriku dgnnya & satukanlah kami dlm pernikahan yg sakinah,mawaddah,warrahmah..Tapi kalau bukan dia yg terbaik,Maka jgn biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta,Jadikanlah kekaguman ku seprti orang lain kagum padanya,,Engkaulah Maha membolak-balikkan hati Maka kutitipkan rasa ini,kuserahkan semuanya pada-Mu,krna semua ini adalah milik-Mu..
Aamiin ya Rabbal’ alamiin

DO'A MEMOHON PENDAMPING TERBAIK

***BISMILLAAH***

RABBANA Hablana milladunka zaujan thayyiban
wayakuna shohiban lî fiddini waddunya wal akhirah...

Artinya : YA RABB kami, berikanlah kami pasangan yang terbaik dari sisi-MU... Pasangan yang juga menjadi sahabat kami dalam urusan Agama, urusan Dunia dan Akhirat...
Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin..

Muhasabah Diri

Tuhanku,
Aku hanyalah sebutir pasir di gurun-MU yang luas
Aku hanyalah setetes embun di lautanMU yang meluap hingga ke seluruh samudra
Aku hanya sepotong rumput di padangMU yang memenuhi bumi
Aku hanya sebutir kerikil di gunung MU yang menjulang menyapa langit
Aku hanya seonggok bintang kecil yang redup di samudra langit Mu yang tanpa batas

Tuhanku
Hamba yang hina ini menyadari tiada artinya diri ini di hadapanMU
Tiada Engkau sedikitpun memerlukan akan tetapi …
hamba terus menggantungkan segunung harapan pada MU

Tuhanku…………..
baktiku tiada arti, ibadahku hanya sepercik air
Bagaimana mungkin sepercik air itu dapat memadamkan api neraka MU
Betapa sadar diri begitu hina dihadapanMU
Jangan jadikan hamba hina dihadapan makhlukMU
Diri yang tangannya banyak maksiat ini,
Mulut yang banyak maksiat ini,
Mata yang banyak maksiat ini…
Hati yang telah terkotori oleh noda ini…
memiliki keninginana setinggi langit
Mungkinkah hamba yang hina ini menatap wajahMu yang mulia???

Tuhan…
Kami semua fakir di hadapan MU tapi juga kikir dalam mengabdi kepada MU
Semua makhlukMU meminta kepada MU dan pintaku….
Ampunilah aku dan sudara-saudaraku yang telah memberi arti dalam hidupku
Sukseskanlah mereka mudahkanlah urusannya

Mungkin tanpa kami sadari , kamu pernah melanggar aturanMU
Melanggar aturan qiyadah kami, bahkan terlena dan tak mau tahu akan amanah
Yang telah Tuhan percayakan kepada kami…
Ampunilah kami

Pertemukan kami dalam syurga MU dalam bingkai kecintaan kepadaMU
Tuhanku….
Siangku tak selalu dalam iman yang teguh
Malamku tak senantiasa dibasahi airmata taubat,
Pagiku tak selalu terhias oleh dzikir pada MU
Begitulah si lemah ini dalam upayanya yang sedikit
Janganlah kau cabut nyawaku dalam keadaan lupa pada Mu
Atau….dalam maksiat kepadaMU
“Ya Tuhanku Tutuplah untuk kami dengan sebaik-baiknya penutupan !!”

Dari saudara untuk saudara “Perbaiki diri Serulah Orang Lain”

Munajat Cinta…

YA ALLAH?
Aku Mohon KepadaMU CintaMU?
Cinta Siapa Saja Yang MenCintaiMU?
Cinta Apa Saja Yang Mendekatkanku Kepada CintaMU..
Jadikanlah CintaMU Lebih Berharga Bagiku
Daripada Air Dingin Bagi Orang Yang Kehausan?

YA ALLAH?
Jadikanlah Aku MencintaiMU Dengan Sepenuh Hati?
Selalu Mencari RidhaMU Dengan Upaya Maksimalku?

YA ALLAH?
Jadikanlah Semua Cintaku Hanya UntukMU?
Semua Usahaku Hanya Untuk Meraih RidhaMU?

YA ALLAH?
Hidupkan Aku Dengan CintaMU?
Matikan Aku Dengan CintaMU?
Bangkitkan Aku Dengan CintaMU?
CintaMU Bagiku Adalah Segala-galanya?

Oh Rabbi?
Jika Cintaku Kau Ciptakan Untuk Dia
Tabahkan Hatinya
Teguhkan Imannya
Sucikan Cintanya
Lembutkan Rindunya

Rabbi….
Jika Hatiku Kau ciptakan Untuk Dia
Penuhi Hatinya Dengan KasihMU
Terangi Langkahnya Dengan CahayaMU
Bisikkan Kedamaian Dalam Kegalauan
Temani Dia Dalam Kesepian

Rabbi…
Kutitipkan Cintaku PadaMU Untuknya
Resapkan Rinduku Pada Rindunya
Mekarkan Cintaku Bersama Cintanya
Satukan Hidupku Dan Hidupnya
Dalam CintaMU?
Sebab, Sungguh Aku Mencintainya KarenaMU…

Jumat, 10 Oktober 2014

HARAPAN SEDERHANA SEORANG WANITA

Wanita bukan layang-layang
Dimana kau bisa tarik ulur perasaannya

Wanita juga bukan ikan di kolam pemancingan
Dimana kau bisa mengumpan, menarik, lalu melepaskannya begitu saja.

Jangan berikan harapan, kalau tak akan memberikan kepastian.
Jangan berikan pujian, kalau akhirnya menyakitkan
Jangan berikan janji, kalau itu akan kau khianati

Bagi wanita,
Hadiah terindah adalah kesetiaanmu
Kado terindah adalah maharmu
Kabar terindah adalah kepastian lamaranmu
Moment terindah adalah akad nikahmu

Semoga semua wanita yang membaca tulisan ini mendapatkan jodoh seorang lelaki yang soleh, baik dan bertanggung jawab. Aamiin