Halaman

Senin, 20 Oktober 2014

Menghilangan Marah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
  1. Mula-mula kita perlu malu dengan Allah SWT akan segala tindak-tanduk kita.Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
  2. Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
  3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
  5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
  6. Apabila datang marah,banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
  7. Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  8. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur.Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

Tidak ada komentar:

Posting Komentar